Monday, November 8, 2010

~ Exam PTD ~


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapat gak peluang nak amik exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang kebanyakan org cakap susah benor nak lulus... Ai, ketaq la plak kan... Aku study pon ntah ape2 lagi nie... Aku exam 13 Nov 2010 kat SMK Bangsar.. Ai, tempat exam pon aku xtau tapi dah tgk kat google map, rasa mcm senang jer kot nak ke sana...huuu... InsyaAllah... Dah la aku sorang nie.. Seram gk, tak biasa kan... Member2 lain sumer dapat tempat berbeza...

Yang bestnyer, dah la banyak amat soalan dier... Just imagine dari kul9.00 pagi sampai kul4.45 petang exam... bukan 1, 2 paper tapi 6 paper...fuhh, mmg experience nie...

Aku dah try tanya beberapa senior yang dh success amik exam nie, kononnyer nak tanya tips la...yang best jawapan depa "hang jadi diri hang sudah"... hemm....???

Sorang lagi senior aku ckp suruh study current isu, NKRA, ETP, Pasal undang-undang Malaysia nie and dasar-dasar kerajaan.. Sempat la gk aku belek-belek artikel dalam website yang aku jumpa amat berguna untuk rujukan... nie aku share ngan korang ek sape2 yang nak amik exam PTD nanti...

Nie antara yang penting la senior aku ckp... Yang lain korang leh cari sendiri la ek..hehe...
So, Gudluck utk semua ok... Doakan saya jugak k... Nak sambung study nie... ceyywah...(^_^)






Sunday, November 7, 2010

~ RonDa-RonDa KLCC ~

Assalamualaikum...

This week adik aku Farhana yang blaja kat UITM Kuala Pilah tue dtg bercuti kat umah akak aku di KL nie... (tempat aku menumpang skng la..hehe). Dia tgh exam but ade gap 10 hari for last paper on 14 nov 2010... so memandangkan jumaat cuti Deepavali, dgn gembiranya dia nak dtg n 'ketuk' kakak2 dia nie la.. Adik aku nie x pernah sampai lg KLCC, so beria la dia ajak aku n akak aku nk pg sana. So, hari nie la baru berkesempatan aku n akak aku bawak dier berjalan ke sana itupon keluar pas zohor dah..hehe...

Yang best nyer, mmg niat nak pergi bergambar sakan kat menara berkembar tertinggi di dunia tue..tapi sampai2 jer kat sana hujan la plak... sian kat adik aku x sempat nak bergambar.. so kitorg just ronda2 je la dlm klcc tue cuci2 mata...hehe...

Then sebab x mkn lg kn, kitorg pon pg foodcourt utk isi perut yg tengah lapar sgt nie.. Punya la ramai org sampai nak cari tempat duduk pon kne queue... (Bila KLCC x ramai org ek??hemmm...)

Lepas mkn, hujan pon dah reda sket... so, aku pon teman laa adik n akak aku nak bergambar sgt dengan menara kebanggaan rakyat Malaysia tue...hehe...

Saturday, November 6, 2010

3 Perkara Membahagiakan


Hayati pesanan Al-Ghazali yang menyatakan;

Sebuah rumahtangga hendaklah dibina atas tiga (3) struktur asas:

1) 'Al-Sakinah' (KETENANGAN)
2) 'Al-Mawaddah (KEMESRAAN)
3) 'Al-Tara
hum (TIMBANG RASA)

Asas Pertama:

Ketenangan bermaksud hendaklah suami isteri berpuas hati dengan pasangannya. Mereka seharusnya tidak berminat dengan yang lain. Dalam erti kata lain, pasangan yang sudah bernikah seharusnya saling menyayangi di antara mereka. Tiada istilah orang kedua atau ketiga dalam rumahtangga.

Asas Kedua:

Kemesraan pula membawa pengertian berkongsi segala suka dan duka bersama. Apabila kita menjadi pasangan suami isteri yang sah, segala kegembiraan dan cabaran seharusnya diharungi dan dihadapi bersama. Barulah hidup akan bahagia duniawi dan ukhrawi.

Asas Ketiga:

Timbang Rasa lebih banyak merujuk kepada akhlak yang mulia serta tahu bersyukur atas segala nikmat yang telah dilimpahkan oleh-Nya kepada kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan kita terlalu melihat keburukan sesuatu hal, tetapi kita hendaklah mencari dimana hikmah yang tersembunyi disebalik sesuatu kejadian.



Sebuah rumahtangga yang berjaya didirikan di atas 3 struktur ini merupakan keluarga yang paling bahagia, malahan inilah keluarga yang mampu mengatasi segala cabaran hidup. Mereka adalah ibubapa yang bakal melahirkan zuriat yang sihat dan beroleh keberkatan yang berpanjangan.

Harta benda dan kemewahan hidup tidak menjamin kebahagiaan yang dicari-cari. Kadang-kadang hidup di sebuah rumah usang, pasangan lebih mampu mengukir senyuman yang berterusan apabila 'al-sakinah, 'al-mawaddah dan 'al-tarahum menjadi panduan.

Sabda Nabi SAW " Tiga perkara yang membahagiakan: Isteri yang setia, Kenderaan yang senang ditunggani dan kediaman yang selesa.
-Hadith riwayat Sa'ad ibn Abu Waqqas r.a

Harapan dihati semoga aku beroleh rumahtangga yang dilimpahi 'al-sakinah, 'al-mawaddah dan 'al-tarahum... ameen..

Sumber:
Majalah Nur edisi Nov 2010
http://s305.photobucket.com/