Monday, November 8, 2010

~ Exam PTD ~


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapat gak peluang nak amik exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang kebanyakan org cakap susah benor nak lulus... Ai, ketaq la plak kan... Aku study pon ntah ape2 lagi nie... Aku exam 13 Nov 2010 kat SMK Bangsar.. Ai, tempat exam pon aku xtau tapi dah tgk kat google map, rasa mcm senang jer kot nak ke sana...huuu... InsyaAllah... Dah la aku sorang nie.. Seram gk, tak biasa kan... Member2 lain sumer dapat tempat berbeza...

Yang bestnyer, dah la banyak amat soalan dier... Just imagine dari kul9.00 pagi sampai kul4.45 petang exam... bukan 1, 2 paper tapi 6 paper...fuhh, mmg experience nie...

Aku dah try tanya beberapa senior yang dh success amik exam nie, kononnyer nak tanya tips la...yang best jawapan depa "hang jadi diri hang sudah"... hemm....???

Sorang lagi senior aku ckp suruh study current isu, NKRA, ETP, Pasal undang-undang Malaysia nie and dasar-dasar kerajaan.. Sempat la gk aku belek-belek artikel dalam website yang aku jumpa amat berguna untuk rujukan... nie aku share ngan korang ek sape2 yang nak amik exam PTD nanti...

Nie antara yang penting la senior aku ckp... Yang lain korang leh cari sendiri la ek..hehe...
So, Gudluck utk semua ok... Doakan saya jugak k... Nak sambung study nie... ceyywah...(^_^)






Sunday, November 7, 2010

~ RonDa-RonDa KLCC ~

Assalamualaikum...

This week adik aku Farhana yang blaja kat UITM Kuala Pilah tue dtg bercuti kat umah akak aku di KL nie... (tempat aku menumpang skng la..hehe). Dia tgh exam but ade gap 10 hari for last paper on 14 nov 2010... so memandangkan jumaat cuti Deepavali, dgn gembiranya dia nak dtg n 'ketuk' kakak2 dia nie la.. Adik aku nie x pernah sampai lg KLCC, so beria la dia ajak aku n akak aku nk pg sana. So, hari nie la baru berkesempatan aku n akak aku bawak dier berjalan ke sana itupon keluar pas zohor dah..hehe...

Yang best nyer, mmg niat nak pergi bergambar sakan kat menara berkembar tertinggi di dunia tue..tapi sampai2 jer kat sana hujan la plak... sian kat adik aku x sempat nak bergambar.. so kitorg just ronda2 je la dlm klcc tue cuci2 mata...hehe...

Then sebab x mkn lg kn, kitorg pon pg foodcourt utk isi perut yg tengah lapar sgt nie.. Punya la ramai org sampai nak cari tempat duduk pon kne queue... (Bila KLCC x ramai org ek??hemmm...)

Lepas mkn, hujan pon dah reda sket... so, aku pon teman laa adik n akak aku nak bergambar sgt dengan menara kebanggaan rakyat Malaysia tue...hehe...

Saturday, November 6, 2010

3 Perkara Membahagiakan


Hayati pesanan Al-Ghazali yang menyatakan;

Sebuah rumahtangga hendaklah dibina atas tiga (3) struktur asas:

1) 'Al-Sakinah' (KETENANGAN)
2) 'Al-Mawaddah (KEMESRAAN)
3) 'Al-Tara
hum (TIMBANG RASA)

Asas Pertama:

Ketenangan bermaksud hendaklah suami isteri berpuas hati dengan pasangannya. Mereka seharusnya tidak berminat dengan yang lain. Dalam erti kata lain, pasangan yang sudah bernikah seharusnya saling menyayangi di antara mereka. Tiada istilah orang kedua atau ketiga dalam rumahtangga.

Asas Kedua:

Kemesraan pula membawa pengertian berkongsi segala suka dan duka bersama. Apabila kita menjadi pasangan suami isteri yang sah, segala kegembiraan dan cabaran seharusnya diharungi dan dihadapi bersama. Barulah hidup akan bahagia duniawi dan ukhrawi.

Asas Ketiga:

Timbang Rasa lebih banyak merujuk kepada akhlak yang mulia serta tahu bersyukur atas segala nikmat yang telah dilimpahkan oleh-Nya kepada kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jangan kita terlalu melihat keburukan sesuatu hal, tetapi kita hendaklah mencari dimana hikmah yang tersembunyi disebalik sesuatu kejadian.



Sebuah rumahtangga yang berjaya didirikan di atas 3 struktur ini merupakan keluarga yang paling bahagia, malahan inilah keluarga yang mampu mengatasi segala cabaran hidup. Mereka adalah ibubapa yang bakal melahirkan zuriat yang sihat dan beroleh keberkatan yang berpanjangan.

Harta benda dan kemewahan hidup tidak menjamin kebahagiaan yang dicari-cari. Kadang-kadang hidup di sebuah rumah usang, pasangan lebih mampu mengukir senyuman yang berterusan apabila 'al-sakinah, 'al-mawaddah dan 'al-tarahum menjadi panduan.

Sabda Nabi SAW " Tiga perkara yang membahagiakan: Isteri yang setia, Kenderaan yang senang ditunggani dan kediaman yang selesa.
-Hadith riwayat Sa'ad ibn Abu Waqqas r.a

Harapan dihati semoga aku beroleh rumahtangga yang dilimpahi 'al-sakinah, 'al-mawaddah dan 'al-tarahum... ameen..

Sumber:
Majalah Nur edisi Nov 2010
http://s305.photobucket.com/

Friday, November 5, 2010

Satu Cinta

Biler pertama kali diminta untuk dengar lagu nie, sebenarnya tak rasa ape-ape pon. Mungkin masa tue tak menghayati sangat pun liriknyer...hehe... Tapi biler dah selalu dengar, best plak... biler study dier punya lirik, alhamdulillah satu peringatan yang sangat baik. Membawa kita ke arah cinta hakiki... (^_^)





STARFIVE-Satu Cinta

Ku memohon dalam sujudku padaMu
ampunkanlah segala dosa dalam diri
ku percaya Engkau bisa meneguhkan
pendirianku keimananku
(2 X)

Reff: Engkau satu cinta yang slamanya aku cari
tiada waktu kutinggalkan demi cintaku kepadaMu
walau seribu rintangan yang menghadang dalam diri
kuteguhkan hati ini hanya padaMu............ kupasrahkan

oh Tuhan...slamatkanlah hamba ini
dari segala fatamorgana dunia
oh tuhan jauhkanlah hamba ini
dari hidup yang sia-sia

~ HePi DeEpAVaLi ~


Hari nie merupakan cuti umum untuk semua warga Malaysia sempena menyambut Perayaan Diwali atau lebih famous dengan nama rasmi Deepavali bagi kengkawan yang beragama Hindu di seluruh dunia. Hepi Diwali, guys... =)

Time ni teringat plak kat kawan2 yg berbangsa india masa matrikulasi kat Perlis (KMP) dulu. Ingat kat anbukarasu jer la sbb dier baik and quit famous gak kat KMP dulu, yang lain dh x ingat nama diorg..ade sorang lagi teman baik masa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) tp x ingat plak nama dia ape... alahai, dah lupe plak...dh makin berusia agaknyer aku nie...hehe...
Lepas masuk USIM, aku dah kembali kekurangan rakan2 yang berbangsa selain Melayu nie..huu...

Sebenarnyer seronok tau biler kita ade rakan2 dari pelbagai kaum nie.. Time nie teringat kat Ang Pei Yin.... Ang, ang, ang... Alahai, comel dan aktif member aku sorang nie.. Aku kenal dier as a groupmate masa program UPIC (career training) kat Putrajaya bulan Mei 2010. Dia berketurunan cina Perak. Masa UPIC nie jgk aku dapat kenal ngan member2 dari pelbagai bangsa dan agama...

Eh, lari topik plak...huhu...

Ok, sempena diwali nie kebiasaannya penganut hindu akan menyalakan pelita bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan.. Maksudnyer, mereka mendapat cahaya selepas mengalami kegelapan..

So, selamat bercuti pada yang lain dan jangan lupa saling menziarahi antara sesama kita yer... =)

Thursday, November 4, 2010

Rancang Kewangan Anda

Rata-rata orang yang saya jumpa kebanyakannya masih belum sedar betapa pentingnya disiplin dalam merancang kewangan bermula dari muda (awal-awal nie la dah start saving)..

“Aku dh keje setahun, tapi tak sempat lagi nak saving. Akhir bulan asyik tak ckup jer…macam maner nak saving???”

“Buat ape nak saving, EPF/pencen kan ade…Ok la tue… ade saving jugak…”

“Alahai, nak kawen pon kne blanje mahal. Baik tak payah kawen la mcm nie…”

“Ala, loan sekarang kan mudah jer nak dapat… Buat jer loan, senang cerita…”

Emm, tu la antara alasan yang diberi biler saya bagi nasihat agar menyimpan awal-awal. Kenapa saya PENTINGKAN sgt tentang isu nie???

1) Bukan nak menunding jari pada sesiapa, tapi ape yang saya lalui dan nampak tentang org melayu kiter nie dah salah formula dalam membuat perancangan kewangan. Formula diorg macam nie…

emm, kalau ikut formula kat atas nie, sampai biler la nak cukup duit kalau tunggu akhir bulan baru nak menyimpan, betul tak? Sebab tue kiter kena simpan awal-awal... ikut formula kat bawah nie.. nie baru formula yg betul...

Yela, hujah saya kenapa kena ikut formula ke-2 adalah kerana biler kita dapat gaji akhir bulan tue kalau tak tolak siap-siap saving kiter, ade masa ker kiter nak fikir tue semua??? Dapat gaji nak kena buat portion untuk belanja dapur, nak bershopping, sewa rumah, bayar kete, bayar bil air letrik telefon astro broadband, nak fikir hal pejabat lagi... Last-last, lepas tolak semua perbelanjaan tue, duit yang tinggal cukup-cukup jer untuk makan 29 hari...huhu.. Sebab tue nak bagi nasihat nie, lepas dapat gaji, saving dulu... Invest kat unit trust ker, masuk tabung haji ker, bayar takaful ker...then balance tue baru buat belanjer... kalau hujung bulan dah sengkek pon, x la risau sangat sebab tabung ade... Jangan asyik nak pecah tabung sudah... simpanan tue untuk masa depan k... :-)

To be continued........ (^_^)

Personality Test

Assalamualaikum...

Pagi-pagi bila mengadap fb, tetibe jumpa post member yang invite buat personality test. Em, bagus jugak nie memandangkan sekarang nie aku pon berada dalam dilemma yang teramat sangat..hehe... Sape nak try, jom kiter buat sama-sama kat website nie http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx. Ape yang aku jawab adalah secret..hehe.. So, ini adalah result aku:

Your view on yourself:

Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:

Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:

You have plenty of dream jobs but have little chance of doing any of them if you don't focus on something in particular. You need to choose something and go for it to be happy and achieve success.

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:

You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

So, ape pendapat korang dengan result aku nie yer??? (memang kena jer jwpn nie dgn aku...)

Wednesday, November 3, 2010

KeMbaLi...

Assalamualaikum, terasa rindu sangat nak mencoret kata dan rasa dalam diari nie. Sebelum nie dah pernah try, tapi macam x menjadi sebab tak tau nak tulis ape. Tapi semenjak dua menjak nie, macam banyak jer idea nak merapu..hehe... Lepas baca banyak blog rakan-rakan, baru faham yang sebenarnya kiter tak semestinyer skema dalam penulisan blog, terpulang pada kita nak tulis ape pon asalkan jangan menyentuh sensitiviti pihak lain. Yela, karang tak pasal-pasal kena saman pulak..huhu..

So, kali nie nak wat blog nie paling sempoi. Ape yang aku rasa nak lepaskan, aku coret je la dalam diari maya aku nie...hehe.. So, saper-saper yang rasa nak follow, silakan laa... yang nak komen pon boleh, tapi yang positif jer tau.. Bak kata kawan saya la sekadar perkongsian.. blog nie pon sekadar perkongsian jer. Mana yang kawan-kawan rasa elok, baik utk diamalkan, ambillah buat panduan. Yang mana rasa x elok, buang... Cancel-cancel go away...huhu...

So, sebagai blogger baru, mungkin banyak kekurangan dari segi ayat or decoration pada blog nie. Untuk itu, sifu-sifu blogger di luar sana, silakan la berkongsi ilmu dengan saya yer.., 'Tunjuk ajarku, sifu'...heee... =)

Okla, stop dulu untuk post yg pertama nie... Lepas nie kalau rasa ade yang nak dikongsi, i akan update lagi.... cha cin cow...

Wassalam.