Rata-rata orang yang saya jumpa kebanyakannya masih belum sedar betapa pentingnya disiplin dalam merancang kewangan bermula dari muda (awal-awal nie la dah start saving)..
“Aku dh keje setahun, tapi tak sempat lagi nak saving. Akhir bulan asyik tak ckup jer…macam maner nak saving???”
“Buat ape nak saving, EPF/pencen kan ade…Ok la tue… ade saving jugak…”
“Alahai, nak kawen pon kne blanje mahal. Baik tak payah kawen la mcm nie…”
“Ala, loan sekarang kan mudah jer nak dapat… Buat jer loan, senang cerita…”
Emm, tu la antara alasan yang diberi biler saya bagi nasihat agar menyimpan awal-awal. Kenapa saya PENTINGKAN sgt tentang isu nie???
1) Bukan nak menunding jari pada sesiapa, tapi ape yang saya lalui dan nampak tentang org melayu kiter nie dah salah formula dalam membuat perancangan kewangan. Formula diorg macam nie…

emm, kalau ikut formula kat atas nie, sampai biler la nak cukup duit kalau tunggu akhir bulan baru nak menyimpan, betul tak? Sebab tue kiter kena simpan awal-awal... ikut formula kat bawah nie.. nie baru formula yg betul...

Yela, hujah saya kenapa kena ikut formula ke-2 adalah kerana biler kita dapat gaji akhir bulan tue kalau tak tolak siap-siap saving kiter, ade masa ker kiter nak fikir tue semua??? Dapat gaji nak kena buat portion untuk belanja dapur, nak bershopping, sewa rumah, bayar kete, bayar bil air letrik telefon astro broadband, nak fikir hal pejabat lagi... Last-last, lepas tolak semua perbelanjaan tue, duit yang tinggal cukup-cukup jer untuk makan 29 hari...huhu.. Sebab tue nak bagi nasihat nie, lepas dapat gaji, saving dulu... Invest kat unit trust ker, masuk tabung haji ker, bayar takaful ker...then balance tue baru buat belanjer... kalau hujung bulan dah sengkek pon, x la risau sangat sebab tabung ade... Jangan asyik nak pecah tabung sudah... simpanan tue untuk masa depan k... :-)
To be continued........ (^_^)